" />



Gadis Idaman Hati
Oleh : Fityan Al-Fatih




Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Rasulullah bersabda:
Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah
- Riwayat Muslim.

Kita pasti gembira bila diri kita menjadi idaman lelaki. Apatah lagi lelaki yang baik dan cerdik.Kita akan lebih gembira apabila kita menjadi wanita idaman masyarakat, negara bahkan agama.Dan kita tentunya amat gembira apabila kita menjadi wanita idaman kekasih Allah, Rasulullah SAW.

Kekadang kita terfikir sendiri, bagaimanakah cara untuk menjadi seorang wanita idaman, sedangkan kita tidak mempunyai kulit seputih kapas, bahkan kita tidaklah sacantik purnama. Prasangka ini hendaklah kita hapuskan dengan kata-kata mulia Rasul tercinta.Daripada Abi Hurairah: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi DIA melihat pada hati-hati kamu" - Riwayat Muslim Nilai hati wanita idaman adalah terlalu amat tinggi.

Kita pastinya akan menjadi idaman apabila kita dapat mematuhi peraturan Allah dengan hati yang tunduk dan merendah. HATI Inilah yang paling penting. Hati kita hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah. Kenal akan Allah. Yakin akan hakikat kita adalah hamba Allah yang tidak memiliki apa-apa kelebihan. Hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah, redha dengan ketentuan, sabar, penyayang dan disucikan daripada sampah mazmumah seperti pemarah, ego, dengki, khianat dan yang sewaktu dengannya.

Tapi kita kena ingat, nak membersihkan hati bukan satu kerja yang mudah. Kita kena mujahadahlah sikit. Mujahadah ertinya melawan nafsu yang selalu urge kita untuk buat jahat. Juga melawan syaitan yang sentiasa persuade kita ke arah keburukan. Bila rasa marah, kena sabar sikit. Bila ditimpa ujian kena redha disamping berusaha mengatasinya. Apabila hati kita tunduk pada Allah, bersih dari kekotoran, maka buah akhlak akan muncul. Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati.

LUARAN
Kalau kita sudah dapat menutup aurat kita mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut. Pakaian wanita Islam yang dikehendaki oleh Penciptanya ialah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Telekungnya hendaklah dilabuhkan hingga ke paras dada. Pakaian tu Allah dah tetapkan. Dia yang mencipta kita, tahulah apa yang baik untuk ciptaanNya. Takkan kita nak buat undang-undang sendiri, takkan kita nak jadi Tuhan lak. Oii, sedarlah sikit! Pakaian yang dipakai hendaklah sentiasa bersih dan kemas. Barulah nampak ngam sikit. Jangan lupa menjaga adab sopan dan akhlak. Akhlak adalah bunga diri. Jika kita berakhlak mulia, pasti semua orang suka.

Siapakah tidak menyukai gadis yang suka menolong orang ? Siapakah yang benci remaja yang menghormati orang tua? Siapakah yang tidak kasih kepada dara yang ikhlas, baik dan amanah? Pastinya tiada.

PEMIKIRAN
Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. Dengan kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat. Dia faham keperluan masyarakat dan tahu kehendak masyarakat. Dengan itu, dia akan bertindak untuk memenuhi segala keperluan dan kehendak masyarakat. Kehendak masyarakat hendaklah dapat kita bezakan dengan keperluan mereka. Masyarakat memerlukan satu suasana hidup yang baik yang dipenuhi dengan pelaksanaan syariat Allah dan sistem sosial yang teratur. Dalam pada itu, masyarakat berkehendakkan kemudahan hidup dan hiburan. Kita hendaklah memikirkan cara yang terbaik untuk menggabungkan keperluan dan kehendak agar kedua-duanya dapat dilaksana dengan sempurna.

Cara kita berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul yang bertunjangkan Al Quran dan Sunnah. Kita memerlukan ilmu yang banyak yang melangkaui semua bidang masyarakat. Ilmu tauhid, ilmu fekah, ilmu sosiologi, ilmu sains, teknologi maklumat, ilmu perniagaan, dan ilmu-ilmu lain yang menjadikan masyarakat sempurna. Dengan itulah kita dapat faham keperluan dan kehendak masyarakat. Walau bagaimanapun, apa juga kita laksanakan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat, tapi sebagai untuk memenuhi kewajipan kita sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya. Itulah antara ciri yang mesti kita realisasikan untuk menjadi gadis idaman. Sedar akan diri adalah hamba Allah dan cuba melaksanakan tugas hamba dengan penuh rendah diri. Memang, nak menjadi gadis idaman bukan mudah.

Tapi kita kena berusaha. Benda mahal memang payah nak dapat weh! Umpama intan dan kacalah. Mana yang lebih susah nak dapat. Mana yang lebih mahal. Bahkan kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan. Kekadang ada yang tertipu, kilauan kaca disangka intan. Kita kena ada ilmu untuk membezakan antara intan dan kaca. Dan kita kena berusaha lebih gigih untuk mendapatkan intan. Hakikatnya, intan jauh lebih mahal dari kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman.

1 Responses to “”

  1. # Anonymous Anonymous

    Salam,
    tapi masalahnya di mana nak di cari gadis idaman hati tu...
    saya bujang lagi, kerja dah ok cuma yang tak ada...
    isteri yang solehah ajer
    Di mana kan ku cari isteri yang solehah itu..  

Post a Comment

-->

Faizul Afzan| Official Weblog
  • syah
  • Blogger Templates
  • Internet Marketing
  • -->

  • :Clockmysite| embed clock:
  • :Awesome| MP3 Player:
  • :Ripway| Upload Documnet:
  • :Dynamic Drive | Bina Ikon:
  • :Singingbox | Upload muzik:
  • :4shared.com | File Sharing:
  • :Easy Poll | Create your poll:
  • :Poll Code | Free poll:
  • :Stickam | Audio,Video&Photo playlist:
  • :Eggdisk | File Hosting & Storage:
  • :Meebo | Chatting Online:
  • :Cbox | Chatting Box:
  • :Shouthuns| Chatting Box:
  • :Wordpress | Free Blog:
  • :Blogger | Free Blog:
  • :GOOGLE| Translate:
  • :ANFYteam| Skrip Java:
  • :Odeo| Studio Login:
  • XML

    Blogger Blogger

    Gmail Gmail - Settings 

    Groups Groups - Manage subscriptions 

    Reader Reader - Settings 

    Talk Talk

    Powered by Blogger

    make money online blogger templates


    ABIM Kelantan button link! Copy & paste at your web blog

    ABIM Kelantan | weblog



    © 2007 HELWA | ABIM Kelantan | Blogger Templates by GeckoandFly.
    Segalanya adalah hak milik yang hakiki kepada ALLAH SWT.